Kenali Pengasas USANA

October 3, 2009 Leave a comment

USANA diasaskan oleh Dr. Myron Wentz yang berasal dari U.S.A. Pernah menubuhkan syarikat Gull Laboratories DrMyronWentzdalam usaha membiakkan berbilion sel-sel bagi tujuan mendiagnosis penyakit jangkitan virus. Anda mungkin mengenali syarikat ini. Di Gull beliau memajukan kit ujian yang pertama yang boleh didapati secara komersial untuk mendiagnosis virus jangkitan Epstein-Barr.

Sekalipun berjaya dalam membiakkan sel-sel yang sihat untuk mengesan penyakit, namun begitu masih tidak dapat membantu orang ramai dalam menjaga kesihatan. Menyedari pemakanan memainkan peranan yang penting bagi kesihatan sel-sel manusia beliau beralih kepada kajian tentang pemakanan manusia. Beliau menubuhkan USANA Health Sciences memandangkan keperluan-keperluan pemakanan bagi tubuh manusia belum lagi dapat dipenuhi dalam dunia hari ini.

Antara matlamat utama beliau menubuhkan USANA adalah untuk menghasilkan penoko zat yang bermutu tinggi dan dibuktikan secara saintifik untuk kesihatan optimum. Beliau mengaplikasikan kepakaran beliau dalam bidang mikrobiologi, imunologi, dan pembiakan sel, juga kajian klinikal terkini dalam pemakanan manusia untuk mencipta satu sistem pemakanan yang termaju bagi membantu mengekalkan kesihatan manusia yang diberi nama USANA.

Apa yang lebih membanggakan beliau telah menerima Anugerah Albert Einstein di atas usahanya ini.

4 Alasan Anda Boleh Mempercayai USANA

October 3, 2009 Leave a comment

usana_productsBerasa lebih baik dan menikmati kehidupan dengan pemakanan yang sempurna dan seimbang.

Ramuan rumusan USANA yang unik adalah berdasarkan pada ramuan yang boleh dipercayai, terbukti secara saintifik dan telah diujikan secara klinikal.

Apa yang anda lihat adalah apa yang anda dapat

USANA menjamin kemujaraban produk-produk. Kebanyakkan perumusan nutrien USANA adalah dihasilkan sendiri dengan mengikuti prosedur analisis dan kawalan mutu yang ketat. USANA mengesahkan setiap kumpulan yang dihasilkan supaya apa yang anda baca pada label produk adalah yang anda akan terima dalam produk tersebut.

Ketenteraman jiwa dan keselamatan melalui mutu yang tinggi

Kemudahan pengeluaran USANA mematuhi Praktis Pengeluaran Baik Tahap Farmaseutikal (Good Manufacturing Practise) atau GMP. Berbagai agensi-agensi kerajaan telah menjalankan pemeriksaan dari masa ke semasa, dengan kehendak kawalan yang ketat terhadap prosedur dan dokumentasi.

Berasa selamat mengenai keputusan pemakanan anda

USANA telah melaburkan masa dan wang yang signifikan dalam operasi saintifik, sistem maklumat, perkhidmatan penyelidikan, perikatan saintifik di seluruh dunia, dan sokongan teknikal secara luas. Pakar-pakar USANA berada di hadapan dalam sains pemakanan.

Produk USANA?

October 3, 2009 Leave a comment

usanaKali pertama anda datang ke blog ini, anda bertanya USANA ni produk apa? Pandangan pertama apabila anda melihat pada logo USANA anda sudah mengetahui bahawa USANA adalah produk kesihatan. Namun USANA bukan sebarangan produk kesihatan yang mungkin anda pernah tahu mengenainya.

USANA adalah satu-satunya produk kesihatan No.1 di dunia. Suka saya untuk menyebutkanya sekali lagi bahawa inilah produk yang anda nantikan untuk memberikan kesihatan sepanjang hayat. Produk USANA adalah produk suplement yang mengandungi kesemua nutrien yang dikehendaki oleh tubuh anda.

Ada nutrien yang mungkin diperlukan pada sukatan yang lebih tinggi daripada apa yang dapat dibekalkan dengan makanan. Dengan pergi ke kedai untuk membeli produk suplement atau produk penoko zat keluaran terkini yang berbeza, tidak kira apa pun jenamanya dan jenisnya bukanlah caranya untuk membekalkan pemakanan yang betul. USANA sangat berbeza dengan produk kesihatan lain yang mempunyai sebahagian sahaja nutrien yang dikehendaki oleh badan anda.

Untuk pengetahuan anda produk USANA ini baru sahaja bertapak di Malaysia bermula 2007 hingga sekarang. Jangan hairan jika anda masih mentah dan kurang pengetahuan untuk mendalami produk-produk No.1 ini. Sesuatu yang suka saya kongsikan bahawa USANA diiktiraf halal. Jangan rasa bimbang untuk menggunakannya kerana jika anda menggunakannya sekarang, anda bukanlah pengguna yang pertama. USANA akan memberikan penerangan yang jelas tentang apa yang anda inginkan.

Kunjungi USANA Health Sciences di sini.